BTS Media

‘Balik kampung’: Trafik dari 2 petang dijangka mula sesak di lebuh raya utama

ALIRAN trafik semakin sesak di lebuh raya utama menghala ke utara, selatan dan pantai timur semenanjung setakat 11 pagi Jumaat (8 Julai) apabila lebih ramai pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Tiada kesesakan luar biasa dilaporkan setakat pukul 12 tadi. Jurucakap Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) berkata, jumlah kenderaan dijangka meningkat mulai pukul 2.00 petang.

“Terdapat peningkatan jumlah trafik di Plaza Tol Gombak, manakala kesesakan juga dilaporkan di sepanjang 1.5 km sebelum terowong Genting Sempah.

“Bagi laluan utara, kemalangan di KM257.8 dari Kuala Lumpur ke Kuala Lumpur Kangsar mengakibatkan trafik perlahan sejauh 3.6 km, manakala trafik menuju ke selatan masih lancar,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini daripada talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com

-BTS Media

Leave a Comment