GAMBAR ATAS: Facebook kebun-Kebun Bangsar.
Oleh Zainal AS Rashid
JABATAN Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan telah mengambil tindakan ke atas Ladang Komuniti Kebun-Kebun Bangsar di Kuala Lumpur, kerana dikatakan melanggar syarat Lesen Pendudukan Sementara (LMS) bagi tujuan membangun inisiatif kebun bandar.
Pengarah Tanah dan Galian Muhammad Yasir Yahya berkata syarat itu termasuk jenis tanaman dan larangan membina sebarang struktur kekal di bawah tiang elektrik.
Beliau berkata pihaknya juga menerima aduan daripada penduduk berhubung perkara itu.
Dalam satu kenyataan pada Selasa (28 Jun) Muhammad berkata siasatan mendapati bahawa ladang tersebut turut memelihara pelbagai ternakan ayam, itik dan biri-biri, sekali gus menimbulkan isu lain seperti pencemaran bau, lalat dan gangguan bunyi yang membawa kepada tindakan penguatkuasaan.
Menurut beliau jabatan itu menyokong inisiatif ladang bandar, bagaimanapun, syarat yang ditetapkan di bawah LMS mesti dipatuhi.
Ladang komuniti, yang mendapat perhatian Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, menerima notis pengusiran pada 23 Jun lalu.
-BTS Media