Oleh Zainal AS Rashid
ANGGOTA bomba dan tentera pada Selasa bertungkus-lumus menjalankan operasi mencari mangsa dalam runtuhan pusat beli-belah di Kremenchuk, Ukraine akibat serangan peluru berpandu Rusia semalam (Isnin 27 Jun).
Setakat ini sekurang-kurangnya 18 orang disahkan terbunuh dalam serangan yang turut dikecam of Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan negara-negara barat.
Lebih 1,000 orang berada di dalam apabila dua peluru berpandu Rusia memusnahkan pusat beli-belah itu, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy.
Menurut gabenor Poltava, Dmytro Lunin, selain 18 orang yang maut, 25 orang dimasukkan ke hospital, manakala kira-kira 36 orang masih hilang.
Pemimpin negara kumpulan G7 yang bersidang di Jerman menyifatkan serangan ke atas tempat awam itu sebagai amat “keji”.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan mereka berkata Presiden Rusia, Vladimir Putin dan konco-konconya perlu bertanggungjawab atas serangan itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini.
-BTS Media