BTS Media

Harga akan mahal jika makan di kedai selepas pemansuhan subsidi, harga siling

 

Oleh Fetty Rara

Harga di kedai makan dijangka meningkat berikutan pengumuman kerajaan akan menghapuskan subsidi dan harga siling untuk barangan tertentu mulai 1 Julai.

Bagi penjaja makanan, mereka berkata perniagaan tidak akan menguntungkan jika tidak dinaikkan harga.

Pemilik restoran pula berkata mereka terpaksa menaikkan harga kerana keuntungan yang rendah disebabkan oleh inflasi sejak beberapa bulan lalu.

Mereka mendakwa pernah mencuba meletakkan harga serendah yang mungkin agar kompetitif untuk pelanggan, terutama dari kalangan berpendapatan rendah, namun keadaan sekarang tidak lagi memberikan mereka pilihan.

Bukan setakat pemilik restoran, malahan yang menjual rojak di tepi jalan pun tidak terkecuali kerana keadaan semakin buruk, ditambah lagi dengan kekurangan bekalan minyak masak dan ayam.

Seorang penjual rojak mamak yang sejak sekian lama menjual pada harga RM5 sepinggan sebelum ini menaikkan harga sebanyak 50 sen, tetapi akan menaikkan lagi supaya berbaloi berniaga.

Menggunakan bahan murah dan bermutu rendah bukan pilihan, demi untuk menjaga kualiti hidangan yang popular dalam kalangan pelanggan setia.

Pada Selasa lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta telah mengumumkan penghapusan harga siling bagi ayam dan telur ayam yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai depan.

Dalam pada itu, subsidi untuk minyak masak dalam botol juga akan dihapuskan pada tarikh yang sama, tetapi minyak masak dalam pek plastik akan terus dijual pada harga RM2.50.

-BTS Media

Leave a Comment