GAMBAR ATAS: Bindydad123, CC BY-SA 4.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0>, via Wikimedia Commons.
Oleh Fetty Rara
Pengecualian cukai jualan kenderaan akan berakhir pada 30 Jun seperti yang dirancang, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.
Bagaimanapun, pembeli yang menempah kenderaan mereka dalam tempoh pengecualian cukai boleh menikmatinya sehingga 31 Mac 2023, untuk mendaftarkan kenderaan mereka dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Beliau berkata ini kerana sebanyak 264,000 unit kenderaan yang ditempah dalam tempoh pengecualian cukai jualan ini masih belum siap dipasang dan tidak dapat diserahkan kepada pembeli, berikutan kekurangan bekalan cip mikro di seluruh dunia.
Tengku Zafrul dalam satu kenyataan pada Isnin (20 Jun) berkata pelanjutan tempoh pendaftaran kenderaan ini adalah penyelesaian pertengahan bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu dipertingkatkan semula selepas pandemik Covid-19.
-BTS Media