BTS Media

Ayob Khan nafi ada pegawai tertinggi PDRM bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan ada pegawai tertinggi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah.

Beliau berkata PDRM tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas sekiranya ada bukti kukuh mana-mana pegawai atau anggotanya berbuat demikian

Dalam masa yang sama Ayob Khan turut menafikan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan di sebuah akaun aplikasi Telegram berkaitan dakwaan itu.

“Laporan tersebut rekaan semata-mata yang berniat jahat untuk menjejaskan kredibiliti pucuk pimpinan tertinggi dan imej PDRM secara keseluruhannya. Ia cuba memberi gambaran bahawa rasuah berleluasa dalam PDRM,” katanya.

Ayob Khan berkata, segala kejayaan adalah hasil kerjasama mantap semua jabatan dalam PDRM bersama jabatan dan agensi luar.

“Ia bukan kejayaan individu, masyarakat diingatkan supaya tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan sebarang kenyataan yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

Beliau berkata perkongsian dan penyebaran kenyataan sedemikian akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat.

-BTS Media

Leave a Comment