BTS Media

Pemenang lebih RM1 juta loteri Brunei tak dapat nikmat hadiah, semua diserah kepada negara

 

Oleh Fetty Rara

Ketua Hakim Negara Brunei Steven Chong pada Rabu (8 Jun) mengisytiharkan bahawa wang tunai BND396,500 hadiah loteri seorang lelaki tempatan sebagai harta tercemar dan mengarahkan pelucuthakannya kepada negara di bawah perintah rampasan tanpa sabitan.

Wang hadiah loteri itu disifatkan sebagai harta tercemar berikutan pengakuan pemenangnya, Ibrahim Abdul Gani, 60, tahun yang terlibat dalam perjudian loteri awam dan akan dipindahkan ke Tabung Rampasan Aset Jenayah, lapor Borneo Bulletin.

Keputusan itu dibuat berikutan tindakan pihak pendakwa raya memfailkan saman pemula.

Arahan itu juga dibuat atas persetujuan responden yang diwakili peguam Leftenan Kolonel (B) Harif Ibrahim.

-BTS Media

Leave a Comment