BTS Media

BERSATU: Bendung kenaikan harga barang secara menyeluruh

GAMBAR ATAS: Facebook BERSATU.

 

BERSATU menggesa kerajaan mengambil langkah menyeluruh untuk membendung kenaikan harga dan memastikan bekalan barangan makanan serta keperluan harian mencukupi.

Setiausaha Agung BERSATU Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tumpuan utama mesti diberikan kepada usaha-usaha untuk membantu rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“Justeru itu, BERSATU akan memperluaskan program bantuan prihatin rakyat yang dilaksanakan oleh parti termasuk program kebun komuniti yang kini sedang dilaksanakan di beberapa kawasan.

“Program ini mampu menjana pendapatan penduduk di samping menyediakan bekalan sayuran dan makanan dengan harga yang murah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis (9 June) susulan hari ini susulan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di Shah Alam semalam.

Hamzah berkata mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, mesyuarat MPT antara lain membincangkan beberapa perkara berkenaan pengurusan parti dan isu-isu semasa terutamanya inisiatif untuk menangani isu kos sara hidup rakyat.

Leave a Comment