BTS Media

Bola sepak: Kawalan Stadium Bukit Jalil dipertingkat

GAMBAR ATAS: Phalinn Ooi, CC BY 2.0 <https://creativecommons.org/licenses/by/2.0>, via Wikimedia Commons.

 

Oleh Zainal AS Rashid

Kawalan di dalam dan di luar Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan dipertingkat sepanjang perlawanan persahabatan bola sepak Malaysia lawan Hong Kong hari ini (Rabu1 Jun).

Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Jaafar berkata kawalan akan bermula pada pukul 5.30 petang bagi memastikan keselamatan serta pematuhan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Dalam satu kenyataan pada Rabu beliau berkata pemeriksaan di pintu masuk, selepas memasuki stadium, juga membabitkan pemeriksaan badan serta beg yang dibawa penonton.

Beliau berkata penonton tidak dibenarkan membawa masuk barangan terlarang ke dalam stadium, seperti mercun dan bunga api, suar, topi keledar, laser, mancis serta pemetik api, objek tajam, senjata, minuman keras selain payung atau tongkat.

Bagi memastikan kelancaran trafik, orang ramai dinasihatkan supaya menaiki pengangkutan awam ke stadium dan mematuhi arahan anggota polis bertugas.

Selain itu, orang ramai juga tidak dibenarkan meletak kenderaan di bahu jalan di sekitar laluan masuk dan keluar stadium. Tindakan saman dan tunda akan diambil ke atas kenderaan yang menghalang lalu lintas.

Kawalan juga akan diperketat semasa Perlawanan Antarabangsa Tier 1 2022 dan Kelayakan AFC Asian China Cup 2023 pada 8 Jun 2022 sehingga tamat perlawanan kumpulan H di stadium itu.

Penonton dinasihatkan memakai pelitup muka dan tidak melakukan provokasi sehingga mencetuskan kekacauan sepanjang perlawanan tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 03-9205 0222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

-BTS Media

Leave a Comment