BTS Media

Larangan eksport ayam Malaysia: Rakyat Singapura senarai nasi ayam hidangan ‘rare’, harga hingga S$1,000

Oleh Fetty Rara

Sesetengah rakyat Singapura mula memberi respons terhadap larangan eksport ayam Malaysia tidak lama lagi.

Dalam perkembagan terkini, mereka menyenaraikan nasi ayam sebagai satu hidangan yang semakin ‘rare’ dan payah dinikmati melalui sekurang-kurangnya satu platform e-niaga.

Bagaimana pun, penyenaraian itu dilihat seolah-olah menyindir untuk tujuan ‘troll’ atau melihat tindakan Malaysia yang mula berkuasa esok (1 Jun) itu sebagai sesuatu yang melucukan.

 

Semakan di portal e-niaga Carousell Singapura menunjukkan bahawa penyenaraian untuk kotak bawa pulang nasi ayam panggang Hainan dari pusat penjaja berharga S$2,000 (RM6,390). Penjual berkata “dapatkan ini sebelum nasi ayam menjadi sejarah”.

Sebelum ini, akhbar The Straits Times ini melaporkan bahawa kedai Nasi Ayam Hainan Tian Tian yang terkenal di Singapura mungkin berhenti menjual hidangan ayam jika bekalan ayam tidak lagi dapat diperoleh.

Seorang lagi penjual menyenaraikan “potongan ayam terhad yang jarang ditemui” pada harga S$3,000 (RM9,586), mendakwa harganya sebegitu disebabkan peningkatan permintaan dan bekalan yang rendah. Penjual itu menambah: “Peluang terakhir untuk merasai ayam sebelum ia pupus untuk generasi akan datang.”

-BTS Media

Leave a Comment