Oleh Zainal AS Rashid
Pekan Tak Bai, sebuah bandar sempadan di sempadan Malaysia-Thailand di Wilayah Narathiwat telah dikejutkan oleh beberapa siri letupan bom dan bunyi tembakan pada Rabu (25 Mei).
Letupan yang berlaku kira-kira jam 10 malam itu kedengaran hingga di Pengkalan Kubor, Tumpat yang terletak bertentangan dengan Pekan Tak Bai.
Beberapa video dirakam orang ramai dan tular dalam media sosial menunjukkan kebakaran marak selain beberapa lelaki melepaskan tembakan, lapor Sinar Harian.
-BTS Media