BTS Media

Muhyiddin sekali lagi tegas tidak mahu lihat kleptokrat kembali memerintah negara

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menegaskan tidak mahu melihat kleptokrat dalam parti seperti Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa penuh dalam negara.

Kenyataan itu menyusul selepas laporan sebuah portal berita mendakwa beliau meminta semua parti supaya bekerjasama, termasuk dengan Barisan Nasional (BN).

Melalui satu kenyataan pada Sabtu pejabat beliau menyangkal laporan portal tersebut kerana kurang tepat.

“Tan Sri Muhyiddin tidak menyebut secara spesifik mana-mana parti, tetapi menyatakan parti-parti ini mestilah mempunyai pendirian yang sealiran dalam mewujudkan kestabilan politik dan menentang kleptokrasi.

“Beliau juga menyebut secara jelas tidak mahu melihat kleptokrat dalam parti seperti BN kembali berkuasa penuh dalam negara,” jelas kenyataan itu lagi.

Dalam laporan portal itu, Muhyiddin kononnya menyeru gabungan politik, seperti Pakatan Harapan (PH) supaya bekerjasama, termasuk dengan BN demi untuk mewujudkan kestabilan politik dalam pilihan raya umum akan datang.

BTS Media

Leave a Comment