GAMBAR ATAS: BTS Media.
Oleh Yusoff A. Shariff
Skim subsidi bahan api di mana golongan kaya membayar lebih berbanding golongan berpendapatan rendah sedang dipertimbangkan
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kementerian sedang mempertimbangkan subsidi bahan api yang bersasar untuk memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.
Justeru, beliau berkata pemilik kereta jenis BMW, umpamanya tidak boleh menerima subsidi yang sama seperti yang memandu kereta Kancil.
Beliau memberitahu media di Kuala Lumpur pada Sabtu bahawa cara untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak mentah global, khususnya bagi kumpulan berpendapatan rendah perkara itu telah dibincangkan.
Azmin berkata kerajaan masih mencari cara penstrukturan semula yang sesuai untuk tujuan itu.
Ini perlu berikutan peningkatan mendadak unjuran subsidi bahan api daripada RM11 bilion tahun lepas kepada RM28 bilion pada 2022.
-BTS Media