SEOUL – Salah seorang pegawai keselamatan Presiden Biden ditahan dan dituduh menyerang warga Korea Selatan di Seoul sehari sebelum Biden tiba di negara itu, menurut polis Korea Selatan.
Individu itu ditahan awal Khamis, kata pegawai polis daerah Yongsan, Seoul pada Jumaat. Pegawai yang tidak mahu namanya disiarkan itu enggan mengulas lanjut.
Akhbar Chosun Ilbo Korea Selatan, yang pertama kali melaporkan kes itu pada Jumaat, berkata suspek dikatakan mabuk dan bergaduh dengan seorang warga Korea Selatan berhubung teksi berhampiran hotel Grand Hyatt di Seoul, di mana pasukan keselamatan pengiring Biden menginap. Individu berusia 30an itu bertugas dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DHS).
DHS bertanggungjawab mengawasi Perkhidmatan Rahsia (Secret Service), yang ejennya pada masa lalu pernah didapati melanggar tata tertib semasa bertugas di luar negara.
White House telah merujuk kejadian itu kepada pihak Perkhidmatan Rahsia, yang seperti biasa tidak memberikan respons segera.
Biden tiba di Korea Selatan pada Jumaat untuk lawatan pertama beliau sejak dilantik menjadi presiden.
Lawatan lima hari beliau ke Asia bertujuan menguatkan komitmen diplomatik dan ekonomi pentadbirannya di rantau ini dalam menghadapi peningkatan cabaran komunis China.
– BTS Media