BTS Media

Ringgit di paras terendah berbanding dolar AS sejak Mac 2020

TOP IMAGE: BTS Media.

 

Ringgit dibuka pada RM4.4 berbanding dolar Amerika Syarikat, iaitu terendah sejak Mac 2020.

Ia susulan Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah, selain mengetatkan dasar kewangan, lapor Bernama.

Pada pukul 9.19 pagi, ringgit berada pada paras 4.4050/4080 berbanding dolar AS susut daripada paras Rabu 4.3960/3975.

Pada 23 Mac lalu ringgit mencecah rekod terendah pada paras RM4.447.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid dipetik oleh Bernama bahawa ia merupakan kesan ketidaktentuan semasa, selain faktor kemungkinan kadar faedah lebih tinggi di AS dan inflasi.

Beliau berkata  kadar inflasi yang lebih tinggi memberi kesan kepada sektor pengguna kerana kos perniagaan meningkat, sekali gus menjejaskan margin keuntungan.

“Rizab Persekutuan AS turut tegas dengan kempen kenaikan kadar faedah yang mungkin boleh mencetuskan aktiviti ekonomi lebih perlahan pada satu ketika masa hadapan,” katanya.

Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell Pada Selasa berkata, pihaknya akan terus menaikkan kadar faedah sehingga inflasi turun.

Menurut Mohd Afzanizam bank pusat utama berada dalam keadaan sukar kerana perlu mengimbangi tekanan inflasi dan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi kekal teguh.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1693/1717 berbanding penutupan Rabu pada 3.1713/1728; lebih tinggi berbanding euro kepada 4.6200/6231 daripada 4.6268/6284 dan kukuh berbanding pound Britain kepada 5.4406/4443 daripada 5.4554/4573.

Bagaimanapun nilai ringgit menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.4269/4295 daripada 3.4041/4055.

-BTS Media

Leave a Comment