BTS Media

Punca doktor pelatih dibuli perlu diketahui

GAMBAR ATAS: BTS Media.

 

Sebuah pusat dasar kesihatan menggesa agar dasar yang mungkin mengakibatkan masalah doktor pelatih dibuli di hospital kerajaan disemak semula.

Pembulian doktor muda tidak seharusnya dilihat dari perspektif “kita lawan mereka” tetapi dari sudut sumber manusia, menurut Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Mohd Khalib berkata, tingkah laku toksik dan buli tidak boleh diterima di mana-mana tempat kerja.

Isu yang lebih besar adalah bagaimana dasar sedia ada menyumbang kepada kewujudan doktor pelatih yang tidak bersedia untuk peranan itu.

“Ketidakcekapan boleh membawa kepada kesilapan yang mengubah hidup, jadi doktor kanan wajar khuatir,” katanya.

Apabila sesuatu keputusan membabitkan hidup dan mati, pertaruhannya lebih tinggi, “jadi kekecewaan boleh difahami, tetapi ia bukan lesen untuk melepaskannya kepada doktor muda”, katanya.

“Kita mesti jelas tentang perbezaan antara menegur dan membuli.”

Azrul berkata, perlu ada sistem di mana doktor kanan dibenarkan untuk menyingkirkan mereka yang tidak dapat mencapai prestasi sepatutnya.

“Urusannya bukan untuk meluluskan doktor pelatih, tetapi untuk meluluskan doktor pelatih yang cekap,” katanya.

Doktor kanan mesti bertindak secara bertanggungjawab sebagai mentor dan pendidik, dan bertanggungjawab atas tindakan mereka

Bagaimanapun, doktor kanan mesti bertindak secara bertanggungjawab sebagai mentor dan pendidik, dan bertanggungjawab atas tindakan mereka.

Azrul berkata, terdapat alat sumber manusia yang boleh membantu menguatkuasakan profesionalisme di tempat kerja yang akan meliputi buli dan gangguan seksual.

Beliau memberi contoh apa yang diamalkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya, yang katanya “patut diamalkan oleh semua universiti perubatan”.

“Mereka memperkenalkan peperiksaan kemasukan, Ujian Kemasukan Bioperubatan, untuk mengukur secara adil kebolehan seseorang dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

“Ujian ini menguji kebolehan penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir kritis seseorang” dan menjadi cara awal untuk menyingkirkan mereka yang mungkin tidak dapat berjaya dalam program perubatan walaupun mendapat keputusan semua A.

Kematian seorang doktor pelatih di Pulau Pinang baru-baru ini mencetuskan perbincangan yang hangat, dengan segelintir pihak mendakwa ia mungkin disebabkan buli walaupun siasatan polis masih belum selesai.

Doktor pelatih itu meninggal dunia setelah jatuh daripada pangsapurinya pada 17 April, hanya tiga minggu selepas memulakan latihannya di Hospital Pulau Pinang.

Pada Disember 2020, seorang lagi doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang turut meninggal dunia, tiga minggu selepas berhenti kerja.

Pasukan petugas bebas sedang menyiasat kematian doktor pelatih itu, manakala Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, doktor pakar adalah antara lima “pembuli” yang telah dinamakan.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/05/14/semak-semula-dasar-jadi-punca-doktor-pelatih-dibuli-gesa-kumpulan-kesihatan/

Leave a Comment