BTS Media

Pulau Pinang: Esplanade yang dinaik taraf dibuka secara rasmi

GAMBAR ATAS: Instagram @penangkini.

 

Oleh Yusoff A. Shariff

Esplanade Georgetown yang baru dinaikkan taraf dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada hari ini selepas pembinaan selama enam tahun bagi mengukuhkan tembok lautnya.

Kawasan sepanjang 460m dari medan selera Medan Renong (Padang Kota Lama) ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia yang dilengkapi laluan pejalan kaki lebih luas dan berteres berhampiran Tugu Memorial Cenotaph kini membolehkan orang ramai berada lebih dekat dengan laut dan turun ke kawasan berbatu yang terdedah sewaktu air surut.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata projek bernilai RM12.9 juta itu, yang mula dibina pada Disember 2016, akan menyediakan kemudahan lebih baik untuk orang ramai selain memberi perlindungan daripada hakisan.

ESPLANADE semasa sedang dinaik taraf/ Gambar: Instagram @penangkini.

Beliau berkata pada majlis pelancaran kawasan tersebut hari ini bahawa projek itu kini menjadi lebih popular untuk orang ramai bersantai dan berkunjung ke medan makan Padang Kota Lama (Medan Renong).

Projek yang disokong oleh George Town Conservation and Development Corporation (GTCDC) dengan kerjasama antara kerajaan Pulau Pinang dan Think City itu bernilai RM140 juta di bawah Pelan Induk Tepi Laut Utara bernilai RM140 juta yang bermula dari Dewan Sri Pinang ke Fort Cornwallis dan pintu masuk ke Jeti Swettenham. Setakat ini, 10 projek telah disiapkan.

Terdapat ‘bonus’ semasa pembinaan kawasan berkenaan apabila beberapa meriam lama yang berusia beratus tahun ditemukan semasa ekskavasi dilakukan oleh sekumpulan ahli arkeologi.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Yew Tung Seang berkata tembok laut baharu di Esplanade yang dibiayai majlis itu bukan sekadar naik taraf, tetapi juga memberi perlindungan daripada hakisan laut terbuka, antara lain.

-BTS Media

Leave a Comment