BTS Media

Ubat pil Covid-19 didapati berkesan, 173 pesakit sembuh sepenuhnya

GAMBAR ATAS: Kches16414, CC BY-SA 4.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0>, via Wikimedia Commons.

 

Setelah diberikan pil anti-viral Paxlovid setakat 9 Mei, sejumlah 173 pesakit Covid-19 sembuh sepenuhnya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ubat itu diberikan kepada pesakit Covid-19 sejak 15 April lalu, dan tiada kesan sampingan dilaporkan.

Beliau berkata, Paxlovid diagihkan kepada 512 pusat penilaian Covid-19 (CAC) di klinik kesihatan dan 78 hospital kerajaan.

Menurut Khairy, setakat ini, keutamaan rawatan menggunakan pil Paxlovid menyasarkan  kumpulan pesakit Covid-19 berisiko tinggi yang mengalami gejala ringan hingga sederhana.

Pada 11 April lepas, sebanyak 48,000 kotak pil Paxlovid Pfizer dihantar kepada Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd.

Ubat itu disyorkan untuk pesakit Covid-19 berumur 18 tahun dan ke atas, yang bukan dalam kategori berisiko tinggi dan tidak memerlukan bantuan oksigen.

Dos perlu diambil dalam tempoh lima hari selepas menunjukkan gejala bagi mengurangkan risiko komplikasi lebih teruk.

Penggunaan Paxlovid tidak boleh lebih lama daripada lima hari berturut-turut

Antara kesan sampingan yang dikatakan mungkin berlaku , termasuk sakit sendi, muntah, cirit-birit, tekanan darah tinggi, dan perubahan deria rasa.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, individu berumur 60 tahun dan ke atas boleh menerima dos penggalak kedua secara sukarela dalam tempoh empat hingga enam bulan selepas dos penggalak pertama.

Ia termasuk individu dewasa berumur 18 hingga 59 tahun yang mempunyai komorbiditi, katanya.

-BTS Media

Leave a Comment