BTS Media

Kekurangan petrol kerana permintaan tinggi hari raya, bekalan pulih 9 Mei, kata PDAM

GAMBAR ATAS: BTS Media.

 

Oleh Yusoff A. Shariff

Isunya bukan kerana bekalan petrol tidak mencukupi, tetapi disebabkan masalah penghantaran dari depot ke stesen minyak di sepanjang lebuh raya.

Menurut Persatuan Peniaga Petrol Malaysia (PDAM) kadar pembelian petrol yang tinggi semasa cuti raya antara faktor utama bekalan tiada di sesetengah kawasan.

Presiden PDAM Khairul Annuar Abdul Aziz berkata bilangan tinggi kenderaan mengharungi kesesakan lebuh raya pada musim Hari Raya Aidilfitri sekarang meningkatkan kadar jualan hingga stesen minyak kehabisan bahan api itu, selain masalah penghantaran bekalan.

Bagaimana pun, beliau berkata kekurangan berlaku terutama di stesen sepanjang lebuh raya, sementara yang di bandar raya dan bandar kecil masih beroperasi seperti biasa.

Tambahnya, keadaan dijangka pulih pada Isnin (9 Mei).

Kekurangan petrol di stesen minyak sepanjang lebuh raya utama telah menimbulkan kekecewaan dan kemarahan pengguna jalan raya yang pulang dari cuti raya.

-BTS Media

Leave a Comment