Oleh Fetty Rara
Pemandu Toyota Alphard, yang ditahan reman kerana memandu secara melulu di Lebuh raya Kuala Lumpur – Karak baru-baru ini dibebaskan atas jaminan polis.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Azman Shari’at berkata pemandu berusia 43 tahun itu telah memberi keterangan semalam (Rabu 4 Mei).
Video yang menunjukkan lelaki itu memandu secara berbahaya, guna lorong kecemasan untuk memotong , justeru mencetuskan kemarahan pengguna jalan raya lain ditularkan dalam media sosial Ahad lepas.
Polis akan menyiasat lanjut kejadian itu sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.
-BTS Media