BTS Media

Lebih teratur: Medan Selera Lucky Garden, Bangsar akan dibuka

GAMBAR ATAS: The Star.

 

Oleh Zainal AS Rashid

Tidak lagi sakit mata memandang, apabila Medan Selera Lucky Garden, Bangsar di Kuala Lumpur akan dibuka dalam masa terdekat bagi menggantikan gerai-gerai lama yang mendapat kritikan daripada pelanggan dan penduduk sekitar kejiranan sebelum ini.

Kawasan makan di Lorong Ara Kiri 3 itu dijangka mula beroperasi bulan ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dalam satu kenyataan, berkata medan selera itu mempunyai 18 lot dagangan dan 29 set tempat duduk empat bangku tiap satu, sementara peniaga akan mendapat lot perniagaan berukuran 3.05m x 3.66m dengan kadar sewa RM440 sebulan, tidak termasuk caj penyelenggaraan sebanyak RM100.

Setelah meter air dipasang nanti medan selera bernilai RM920,000 itu akan mula beroperasi.

Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung medan selera ini akan dilengkapi tandas awam dan sebuah surau.

-BTS Media

Leave a Comment