GAMBAR ATAS: Aziz A. Shariff
Aliran trafik di beberapa lebuh raya dan jalan utama menghala ke utara dan selatan bergerak perlahan malam tadi (Isnin 2 Mei) kerana masih ramai yang baharu hendak pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.
Semakan di akaun Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 10 malam mendapati trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara Selatan dari Simpang Pulai ke Ipoh Selatan.
Aliran trafik juga perlahan dari Sedenak ke Kulai dengan kelewatan perjalanan dijangka berlaku.
Sementara itu, LLM berkata terdapat kemalangan membabitkan sebuah kereta di KM20, barat dari Batu Kawan ke Batu Maung pada 9.47 malam.
Orang ramai boleh mendapatkan kemaskini tentang trafik melalui talian bebas tol Plusline di 1-800 88 0000 dan www.twitter.com/plustrafik atau LLM di 1-800-88-7752 serta www.twitter.com/LLMINfotrafik.
–BTS Media