GAMBAR ATAS: Chong Shin, CC BY-SA 4.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0>, via Wikimedia Commons.
Walaupun keadaan semakin reda, namun pandemik Covid-19 masih bersama kita apabila negara telah memasuki Fasa Endemik.
Kita tidak mahu segala kesulitan yang dialami sejak dua tahun lepas berulang dan mengundurkan apa sahaja yang tercapai dalam usaha memulihkan diri, masyarakat dan negara.
Oleh itu, dengan memastikan had bilangan tetamu yang kunjung berkunjung berserta pematuhan ketat segala SOP yang masih berkuat kuasa, seperti kerap mencuci tangan dan sanitasi adalah amat disyorkan supaya Aidilfitri boleh dirayakan dengan selamat.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Profesor Dr Mohamed Rusli Abdullah berkata kelonggaran lanjut SOP mulai hari ini tidak bermakna Covid-19 bukan lagi ancaman.
Beliau berkata sebenarnya, lebih banyak tanggungjawab kini telah dialihkan kepada rakyat untuk melindungi diri, keluarga, mereka yang terdedah dan orang lain.
“Sekiranya ada keperluan untuk menganjurkan rumah terbuka, ia harus dihadkan kepada ahli keluarga dan rakan rapat, supaya kita ingatkan secara santai dan berterus terang agar mematuhi langkah-langkah kesihatan dan keselamatan,” katanya kepada NST semalam.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Koh Kar Chai pula berkata jika rumah terbuka diadakan di dalam rumah, perlu ada pengudaraan yang baik.
Bagi solat sunat Aidilfitri, Dr Koh berkata orang ramai masih perlu mematuhi protokol yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan.
Tuan rumah harus berusaha untuk mengehadkan bilangan bagi mengelakkan kesesakan dan risiko jangkitan
Walaupun tiada sekatan ke atas bilangan orang yang dibenarkan di dalam rumah, namun tuan rumah harus berusaha untuk mengehadkan bilangan bagi mengelakkan kesesakan dan risiko jangkitan.
Mereka yang akan berkunjung mengunjung semasa Hari Raya dinasihatkan melakukan ujian kendiri Covid-19 terlebih dahulu, dan individu yang kurang sihat perlu tinggal di rumah.
Pakar kesihatan awam Universiti Putra Malaysia (epidemiologi dan biostatistik) Profesor Madya Dr Malina Osman turut menggesa orang ramai supaya mengehadkan bilangan tetamu atau menjadualkan waktu melawat bagi memastikan rumah mereka tidak sesak.
Pakar kesihatan awam Datuk Dr Zainal Ariffin Omar menasihatkan orang ramai apabila ke masjid atau surau supaya memakai penutup muka pada setiap masa dan membawa sejadah sendiri ketika menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri di masjid atau surau.
Dalam pada itu, selepas bersalaman pastikan basuh atau sanitasi tangan, dan jaga kebersihan diri.
Mereka yang memandu untuk pulang ke kampung, Dr Koh menasihatkan supaya berhenti dari semasa ke semasa untuk berehat dan menyegarkan diri, terutamanya apabila melalui lebuh raya yang sesak.
Bagaimana, pun mereka diminta elakkan berlama-lama di kawasan rehat, dan memakai pelitup muka pada setiap masa,” katanya.
-BTS Media