BTS Media

Pelekat ‘road tax’ tak perlu pada cermin kenderaan mulai hari ini

Oleh Yusoff A. Shariff

PELEKAT lesen kenderaan bermotor (cukai jalan), tidak lagi perlu dipamerkan pada kenderaan milik persendirian milik rakyat Malaysia bermula hari ini (10 Feb).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam satu kenyataan berkata, di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan di mana lesen kenderaan bermotor (road tax) wajib dipamerkan pada kenderaan, tidak akan lagi dikuatkuasakan.

Beliau berkata fasa pertama perubahan itu melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuk motosikal.

Ia adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan ke arah digitalisasi perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian

“Saya mengalu-alukan semua pemandu dan pemilik kenderaan untuk beralih ke platform digital.

“Dengan pendigitalan, keadaan sesak dan beratur panjang di kaunter JPJ akan berkurangan dan ini akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan keselesaan rakyat,” katanya.

-BTS Media

Leave a Comment