BTS Media

Mereka yang ada saman tertunggak tak akan ditangkap semasa Ops Selamat, kata polis

Oleh Fetty Rara

Operasi trafik Ops Selamat sempena Aidilfitri adalah bertujuan untuk mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya dan memastikan kelancaran lalu lintas, kata polis.

Ia bukan bertujuan untuk menahan individu yang mempunyai saman tertunggak, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim.

Beliau berkata tiada tindakan akan diambil sepanjang Ops Selamat kerana polis mahu memastikan pengguna jalan raya pulang dengan selamat.

“Kami ingin menegaskan bahawa menahan atau menangkap seseorang bukanlah matlamat JSPT semasa Ops Selamat kali ini.

“Kami sebenarnya mempunyai banyak cara untuk menahan pesalah tetapi masanya perlu bersesuaian,” katanya.

Beliau memberitahu demikian pada media di Kota Baru, Kelantan semalam (Khamis 28 April) selepas majlis serah terima tugas jawatan ketua polis negeri.

Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Muhamad Zaki Harun mengambil alih daripada Datuk Shafien Mamat.

-BTS Media

Leave a Comment