Oleh Sara Izrar
Tidak ada perbincangan dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) seperti yang didakwa dalam minit mesyuarat yang ditular melalui media sosial baru-baru ini.
Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin menafikan perkara itu dan menyangkal dakwaan kononnya ada perbincangan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Sebelum ini Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan dokumen tersebut itu sebagai sampah.
Menurut Hamzah beliau sebagai setiausaha agung PN tidak tahu pun wujud perkara itu, lapor Berita harian.
Beliau berkata, perbincangan dalam kalangan pemimpin parti PN adalah amalan biasa, terutama selepas mana-mana pilihan raya, tetapi tidak membabitkan isu menjatuhkan kedua-dua parti berkenaan.
Beberapa dokumen yang didakwa minit mesyuarat PN mengandungi perkara tersebut menjadi tular Ahad lepas.
Bagi Ahmad Samsuri penyebaran dokumen yang tidak benar itu dilakukan oleh pihak bertanggungjawab.
-BTS Media