BTS Media

Dr Mahathir sanggup lupakan ‘khianat’ demi kerjasama GTA/PN kalahkan UMNO

Oleh Yusoff A. Shariff

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau rela merendahkan diri demi untuk menjalinkan kerjasama GTA dan Perikatan Nasional (PN) bagi mengalahkan UMNO pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Beliau berkata UMNO hanya boleh dikalahkan menerusi kerjasama sedemikian.

Dr Mahathir yang berucap di Alor Setar semalam berkata, Muhyiddin telah menolak usul untuk kerjasama dengan GTA atau mana-mana pihak.

Muhyiddin mempunyai alasan sendiri, seperti mana Dr Mahathir mengundurkan diri daripada jawatan perdana menteri kali kedua, kerana mendakwa agenda parti Bersatu yang pernah dipimpinnya telah bertukar

Dr Mahathir, yang juga pengerusi Pejuang dan penyandang kerusi Parlimen Langkawi, mendakwa Muhyiddin yakin PN boleh memenangi PRU15 tanpa perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak.

Sebelum ini beberapa puak dalam pembangkang kerap menggunakan label ‘pengkhianat’ terhadap Muhyiddin kerana menganggap kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan adalah disebabkan persekongkolan beliau dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan.

Namun, demikian Muhyiddin mempunyai alasan sendiri, seperti mana Dr Mahathir mengundurkan diri daripada jawatan perdana menteri kali kedua, kerana mendakwa agenda parti Bersatu yang pernah dipimpinnya telah bertukar.

-BTS Media

Leave a Comment