BTS Media

Kami tak tahu sama ada dokumen ‘konspirasi’ jatuhkan UMNO betul atau tidak – Ismail Sabri

 

Oleh Zainal AS Rashid

Kesahihan dokumen ‘bocor’ yang mendakwa wujud konspirasi untuk menjatuhkan UMNO tidak diketahui, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Diminta komen oleh media, beliau berkata tidak pasti sama ada dokumen yang ‘bocor’ itu benar.

“Kami tak tahu,” katanya selepas pelancaran buku Keluarga Malaysia pada Jumaat (22 April) di Putrajaya.

Dakwaan itu merujuk kepada beberapa dokumen ‘bocor’ yang kononnya minit mesyuarat PAS di mana dicatatkan tentang konspirasi untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama Datuk Idris Ahmad yang turut hadir pada majlis itu, menyifatkan dokumen berkenaan sebagai “sampah”.

Beliau berkata ada pihak yang mempunyai agenda untuk melihat perpecahan dalam kerajaan,” kata Idris, yang merupakan naib presiden PAS.

-BTS Media

Leave a Comment