GAMBAR ATAS: Wikimedia Commons.
Bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Dr Ali Hamsa Ali Hamsa, 66, meninggal dunia di sebuah hospital di Dublin, Ireland, hari ini.
Kematian beliau dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan.
Ali Hamsa yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-13 dari Jun 2012 hingga Ogos 2018 menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1981.
Beliau pernah berkhidmat di pelbagai kementerian dan jabatan, termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan, Unit Perancang Ekonomi, Intan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.
-BTS Media