GAMBAR ATAS: Facebook Muhyiddin Yassin.
Oleh Yusoff A. Shariff
Perikatan Nasional (PN) terbuka untuk berbincang dan berunding dengan mana-mana parti dalam mengatur strategi menghadapi PRU15.
Ia antara usaha supaya tidak berlaku pertembungan dengan Barisan Nasional (BN).
Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbincangan secara lebih agresif mungkin akan diadakan selepas Hari Raya ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Kuala Lumpur pada Khamis (14 April).
Menurut Muhyiddin usaha itu tidak hanya bergantung pada dirinya seorang, kerana ia juga menunjukkan bahawa PN sentiasa terbuka untuk berunding dengan mana-mana parti.
Beberapa pemerhati politik telah mengesyorkan supaya parti-parti pembangkang bersatu dalam menghadapi BN dan kluster mahkamah UMNO selepas beberapa kekalahan pada pilihan raya peringkat negeri di Melaka dan Johor.
-BTS Media