GAMBAR ATAS: Istana Balmoral, Aberdeenshire, Scotland.
Oleh Fetty Rara
ISTANA Buckingham mengumumkan bahawa upacara pengebumian negara Elizabeth II akan diadakan di Westminster Abbey, London pada 19 Sept.
Hari tersebut diisytiharkan sebagai cuti umum setelah diluluskan oleh Raja Charles III, lapor Agensi Anadolu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Buckingham, sebelum pengebumian, jasad Elizabeth II akan diletakkan di Westminster Hall selama empat hari bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.
Keranda mendiang akan dibawa dari oleh sebuah pesawat Tentera Udara British dari Lapangan Terbang Edinburgh, Scotland.
Segala butiran pengebumian yang dikeluarkan pada Sabtu telah dibentangkan untuk persetujuan mendiang sebelum mangkat .
Buat masa ini keranda yang diselubungi bendera Scotland berada di Istana Balmoral, Aberdeenshire.
Kakitangan di istana itu akan dibenarkan memberi penghormatan sebelum keranda dibawa ke Istana Holyroodhouse di Edinburgh, ibu negara Scotland, hari ini (Ahad 11 Sept), di mana kakitangan di sana juga akan dibenarkan memberi penghormatan. Perjalanan dijangka mengambil masa sekitar enam jam.
Pada 12 Sept, Raja Charles III dan isterinya, Permaisuri Camilla akan berada di Edinburgh untuk menyertai perarakan ketika keranda dipindahkan dari Istana Holyroodhouse, melalui presint Royal Mile, ke Gereja St Giles. Semasa upacara, Mahkota Scotland akan diletakkan di atas keranda, dan seterusnya rakyat Scotland diberikan peluang untuk memberi penghormatan.
Pada 13 Sept, keranda Elizabeth III akan diterbangkan dari Edinburgh ke London, kemudian dibawa ke Istana Buckingham. Keranda akan diiringi oleh anak perempuan mendiang, Puteri Anne.
Pada 14 Sept, ahli keluarga diraja, termasuk Raja Charles dan dan Permaisuri Camilla, akan menghadiri upacara sembahyang di Istana Buckingham.
Keranda Elizabth II kemudian akan dibawa dalam perarakan, diiringi oleh Raja Charles III dan keluarga ke Westminster Hall, dan loceng ikonik Big Ben akan dibunyikan bersama tembakan meriam.
Keranda akan tiba di Westminster Hall pada pukul 3.00 petang, dan selepas itu Bishop of Canterbury akan mengendalikan upacara.
Keranda akan ditempatkan selama empat hari di Westminster Hall sehingga pukul 6.30 petang pada hari pengebumian bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan.
Upacara sembahyang terakhir akan berlangsung di Gereja St George, di mana Elizabeth II akan dikebumikan di sisi mendiang suaminya, Putera Philip.
-BTS Media