GAMBAR ATAS: Polis Marin Wilayah Dua.
Oleh Yusoff A. Shariff
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) penyelam terakhir yang hilang dihentikan setelah pihak berkuasa menerima maklumat daripada nelayan yang menyelamatkan kedua-dua mangsa sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata, berdasarkan maklumat itu dua penyelam warga British Adrian Peter Chesters, 46, dan warga Perancis Alexia Alexandra Molina, 18, ditemukan oleh nelayan Indonesia sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan.
Beliau berkata mereka diselamatkan oleh nelayan Indonesia, yang kemudian menghubungi Polis Marin Wilayah Dua Selatan yang membawa mereka ke Malaysia.
Menurut Supt Cyril memandangkan kedua-dua mangsa ditemui pada lokasi 16 batu nautika (29km) utara Pulau Bintan Indonesia, kira-kira 70 batu nautika (129km) dari lokasi terakhir mereka dilihat polis percaya mangsa terakhir, Nathen, warga Belanda berusia 14 tahun, Renze Chesters, tidak lagi berada dalam perairan negara.
Beliau memberi tahu media demikian di jeti awam Mersing pada Sabtu (9 April).
Supt Cyril juga berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia untuk meneruskan operasi SAR di sekitar Pulau Bintan.
Ditanya mengenai keadaan mangsa terakhir, Supt Cyril berkata setakat ini, Nathen Renze diklasifikasikan sebagai orang hilang.
Beliau berkata kemungkinan besar mangsa terakhir tidak lagi berada di perairan Malaysia kerana arus air, dan lokasi terakhir kedua-dua mangsa ditemui.
Adrian dan Alexia yang sedang dirawat di sebuah hospital dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan dalam pemerhatian, begitu juga juru selam warga Norway Kristine Grodem, yang turut dalam keadaan stabil, tetapi masih trauma.
-BTS Media