BTS Media

Jangan sekadar pembantu rumah Indonesia, laksana gaji minimum RM1,500 untuk semua sektor, gesa MTUC

GAMBAR ATAS: FlyingToaster, CC BY 3.0 <https://creativecommons.org/licenses/by/3.0>, via Wikimedia Commons.

 

Oleh Fetty Rara

Gaji minimum RM1,500 yang ditetapkan untuk pembantu rumah Indonesia memang baik, namun ia mesti merangkumi semua sektor, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Setiausaha Agungnya Kamarul Baharin Mansor berkata adalah mengejutkan kerana kerajaan bersetuju untuk menetapkan paras minimum ini walaupun terdapat pengecualian untuk pembantu rumah di bawah Akta Pekerjaan 1955.

Beliau menyifatkan perjanjian tersebut sebagai pelik kerana tiada perbincangan diadakan di Malaysia.

Namun demikian, Kamarul berkata MTUC mengalu-alukan keputusan itu setelah memperjuangkan isu tersebut sejak sekian lama, jelas beliau dalam kenyataan pada Jumaat (8 April).

Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa dasar gaji minimum RM1,500 akan dilaksanakan pada 1 Mei.

Bagi Kamarul, dengan hanya kurang daripada sebulan untuk dilaksanakan, kerajaan harus memantau penguatkuasaan gaji minimum baharu di seluruh negara dalam semua sektor.

Dalam pada itu, beliau bimbang kerajaan kesuntukan masa untuk membincangkan perkara itu dengan semua pihak terbabit.

-BTS Media

Leave a Comment