BTS Media

Najib keluar penjara, baki hukuman dijalani di rumah

SELEPAS lebih empat tahun menjalani hukuman di Penjara Kajang, Datuk Seri Najib Razak kini dibenarkan menghabiskan baki hukumannya di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan memaklumkan keputusan itu tertakluk kepada syarat yang ditetapkan, termasuk pembayaran denda RM50 juta yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu berhubung sabitan dalam kes SRC International.

Najib, 73, sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 mengekalkan sabitan terhadapnya.

Bagaimanapun, hukuman tersebut dikurangkan kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta menerusi keputusan Lembaga Pengampunan pada Februari 2024.

Dengan keputusan terbaharu itu, baki tempoh hukuman Najib akan dijalani di kediaman di bawah pengaturan tahanan rumah, dan bukan lagi di Penjara Kajang.

Lembaga berkenaan turut menegaskan bahawa semua syarat yang dikenakan perlu dipatuhi sepanjang tempoh tahanan rumah sehingga tarikh akhir hukuman pada 23 Ogos 2028.

BTSMedia.my

Leave a Comment