BTS Media

Bekas CEO Tabung Haji tiba di mahkamah, berdepan permohonan reman SPRM

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) tiba di Mahkamah Putrajaya di Putrajaya pagi ini bagi menghadapi permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berusia 60-an itu tiba kira-kira pukul 9.38 pagi dengan memakai pakaian lokap berwarna jingga dan tangan bergari, sebelum dibawa masuk ke mahkamah oleh pegawai SPRM.

Beliau dipercayai antara individu terbaharu yang disiasat SPRM berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH.

Menurut sumber, individu berkenaan juga merupakan tokoh korporat berpengaruh yang pernah memegang jawatan di beberapa syarikat utama negara.

Berita Harian difahamkan sedang mendapatkan pengesahan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung perkara itu.

– BTSmedia.my

Leave a Comment