BTS Media

Kes Ismail Sabri ditangguh, mahkamah beri laluan atas faktor kesihatan

PROSIDING bacaan pertuduhan dan pengakuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ditangguhkan ke 27 Ogos selepas Mahkamah Sesyen dimaklumkan bahawa beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) berikutan masalah kesihatan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin, menetapkan tarikh baharu itu bagi membolehkan Ahli Parlimen Bera hadir ke mahkamah untuk dibacakan pertuduhan serta merekodkan pengakuannya.

Penangguhan itu diputuskan selepas pihak pendakwaan tidak membantah permohonan pihak pembelaan yang memohon prosiding ditangguhkan atas pertimbangan kemanusiaan susulan keadaan kesihatan Ismail Sabri.

-BTSMedia.my

Leave a Comment