JABATAN Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bahawa pihaknya ingkar terhadap pengampunan bersyarat yang diberikan Yang di-Pertuan Agong kepada Najib Razak, sambil menyifatkan tuduhan penderhakaan yang dilemparkan peguam bekas perdana menteri itu sebagai tidak berasas.
AGC menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mempertikaikan, mengetepikan atau berniat menggantung pengampunan bersyarat yang diperkenankan Sultan Ibrahim pada 18 September lalu.
Dalam satu kenyataan, AGC menjelaskan bahawa persoalan undang-undang yang dibangkitkan pihaknya tidak seharusnya ditafsirkan sebagai tindakan mencabar atau tidak menghormati keputusan pengampunan diraja berkenaan.
Jabatan itu turut menolak dakwaan bahawa tindakannya boleh dianggap sebagai penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, sambil menegaskan tuduhan sedemikian tidak mempunyai asas.
-BTSMedia.my



