GAMBAR: NST
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sebelum dijadualkan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen, pagi ini.
Peguamnya, Ragunath Kesavan, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.
Sementara itu, sumber di Jabatan Peguam Negara memaklumkan pasukan pendakwaan akan hadir terlebih dahulu di Mahkamah Sesyen sebelum menuju ke IJN bagi tindakan selanjutnya.
Ahli Parlimen Bera itu dijadualkan didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin pada pukul 9 pagi.
– BTSMedia.my



