BTS Media

[KEMASKINI] Dua anggota tentera maut dalam letupan semasa latihan menembak

DUA anggota tentera maut dalam satu letupan yang berlaku semasa latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun hari ini.

Tentera Darat Malaysia memaklumkan mangsa ialah Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (1 RAJD).

Kedua-dua anggota berkenaan yang cedera parah dalam kejadian pada 10.57 pagi itu, disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

-BTSMedia.my

Leave a Comment