BTS Media

Abdul Halim dilantik ketua baharu SPRM

DATUK Seri Abdul Halim Aman telah dilantik sebagai ketua baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkuat kuasa 13 Mei.

Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, berkata pelantikan itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Pelantikan itu selaras dengan Subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694), seperti dinyatakan dalam satu kenyataan pada 25 April.

Sementara itu, ketua pesuruhjaya SPRM ketika ini, Azam Baki, 63, dilantik ke jawatan tersebut pada 9 Mac 2020.

Kontrak beliau dijangka tamat pada 12 Mei.

-BTSMedia.my

Leave a Comment