BTS Media

Timbalan pengerusi NGO antara tiga ditahan disyaki seleweng dana zakat RM230 juta

SEORANG timbalan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antara tiga individu yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.

Memetik sumber, akhbar The New Straits Times melaporkan bahawa dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an ditahan antara pukul 3 petang hingga 5 petang dalam satu operasi yang dijalankan SPRM Selangor di sekitar Lembah Klang, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi lelaki berusia 50-an ditahan lebih awal, kira-kira pukul 2 petang, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
— BTSMedia.my

Leave a Comment