BTS Media

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar mengaku tidak bersalah terima rasuah RM100,000

KETUA Pengarah Jabatan Alam Sekitar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kualaa  Lumpur hari ini atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM100,000 yang dikaitkan dengan proses kelulusan alam sekitar di Pulau Pinang.

Tertuduh, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, 57, didakwa menerima wang tersebut secara rasuah daripada seorang pengarah syarikat melalui orang tengah sebagai dorongan untuk mempertimbangkan rayuan pengecualian daripada penyediaan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi pembinaan jalan berkembar di Bukit Kukus, Paya Terubong.

Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabatnya pada 15 Januari tahun lalu, lapor NST.

Menurut pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

-BTSMedia.my

Leave a Comment