BTS Media

Kuota Budi95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan, harga kekal RM1.99

KERAJAAN memutus untuk menyelaraskan kuota petrol bersubsidi RON95 di bawah inisiatif Budi95 kepada 200 liter sebulan bermula 1 April.

Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, harga petrol bersubsidi itu kekal pada kadar RM1.99 seliter.

Pelarasan kuota daripada 300 liter kepada 200 liter tidak akan menjejaskan sebahagian besar rakyat, katanya.

Beliau berkata langkah berkenaan bersifat sementara sementara menunggu keadaan pasaran minyak, bekalan global dan ekonomi dunia kembali stabil, walaupun setakat ini belum menunjukkan tanda pemulihan yang ketara.

Harga RM1.99 seliter dikekalkan.

  – BTSMedia.my

Leave a Comment