BEBERAPA kenderaan dilaporkan terkandas di tepi jalan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora di Jelapang, Perak, dipercayai kerana cuaca panas melampau yang melanda kawasan tersebut.
Tular di media soial video yang menunjukkan beberapa kenderaan tidak dapat meneruskan perjalanan dan terpaksa berhenti di bahu jalan. Keadaan gelombang haba dipercayai menjadi antara faktor utama yang menjejaskan enjin kenderaan.
Keadaan cuaca panas melampau ketika ini memberi kesan bukan sahaja kepada manusia, malah turut menjejaskan kenderaan, khususnya ketika perjalanan jarak jauh di lebuh raya.
-BTSMedia.my



