BTS Media

Peruntukan RM1.8 juta bantu sekolah swasta cina di Perak – Nga

KERAJAAN Negeri Perak telah memperuntukkan RM1.8 juta kepada sembilan sekolah persendirian Cina di negeri itu bagi menyokong operasi harian dan mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh sekolah-sekolah berkenaan, menurut laporan Bernama.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayang, Nga Kor Ming, berkata peruntukan itu diserahkan semasa satu majlis di Ipoh dan setiap sekolah menerima kira-kira RM200,000 bagi membantu perbelanjaan harian serta kebajikan warga sekolah tersebut.

Selain peruntukan untuk sekolah, Nga juga menyampaikan bantuan kewangan berjumlah lebih RM524,600 kepada 333 pelajar sekolah menengah serta pelajar universiti sebagai sebahagian daripada inisiatif bantuan yang dilaksanakan melalui pusat khidmat Ahli Parlimen Teluk Intan.

Peruntukan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri Perak untuk memastikan semua aliran pendidikan di Perak diberi perhatian yang saksama serta selaras dengan prinsip inklusiviti dan keadilan sosial, menurut beliau.

  – BTSMedia.my

Leave a Comment