SEBANYAK 14 akaun bank telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha memperluaskan siasatan membabitkan seorang Tan Sri.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata akaun-akaun berkenaan dibekukan susulan serbuan ke atas lima premis di seluruh Lembah Klang pada hari Rabu lepas, yang bertujuan mengumpul dokumen dan rekod kewangan berkaitan siasatan.
Beliau berkata tindakan itu adalah sebahagian daripada langkah SPRM untuk menyiasat aktiviti kewangan mencurigakan dan urus niaga yang disyaki melibatkan rasuah serta pengubahan wang haram.
Azam, bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai jumlah keseluruhan dana yang dibekukan atau siapa individu itu.
Siasatan dikendalikan di bawah undang-undang anti-rasuah negara, dan SPRM akan terus memanggil saksi dan mengumpul bukti untuk membina kes yang mantap.
– BTSMedia.my



