BTS Media

Siasatan awal: 20 pegawai TUDM terlibat aktiviti tidak bermoral di pangkalan udara

SIASATAN awal mendapati seramai 20 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai terlibat dalam aktiviti tidak bermoral di sebuah pangkalan udara.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, berkata pihaknya akan memastikan mereka yang terbabit dikenakan tindakan mahkamah tentera.

Menurut beliau, apa yang berlaku bukan sebahagian daripada budaya TUDM dan pihaknya memandang serius sebarang pelanggaran perintah, arahan serta peraturan, sambil menegaskan tindakan akan diambil tanpa berbelah bagi.

Beliau turut memaklumkan bahawa kepimpinan tertinggi TUDM kesal dengan kejadian itu dan tindakan juga akan dikenakan terhadap mereka yang gagal melaksanakan arahan yang ditetapkan.

Norazlan sebelum ini berkata bahawa satu siasatan sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang didapati bertanggungjawab.

Kenyataan tersebut dibuat susulan arahan Kementerian Pertahanan supaya siasatan dalaman segera dijalankan berhubung dakwaan penganjuran “Yeye party” di kem tentera yang tular di media sosial.

Rakaman video yang belum disahkan turut memaparkan beberapa wanita duduk di sebuah kaunter bar yang dipercayai berada di dalam kawasan mess kem.

-BTSMedia.my

Leave a Comment