DUA menteri dan seorang timbalan menteri telah digugurkan daripada Kabinet baharu yang diumumkan pada hari Selasa (16 Dis) oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Menteri yang digugurkan ialah Mohd Na’im Mokhtar, yang sebelum ini memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), serta Zaliha Mustafa, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Mohd Na’im sebelum ini baru dilantik semula sebagai Senator bagi penggal kedua.
Kedua-dua jawatan tersebut kini digantikan oleh Dr Zulkifli Hasan, yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, dan Hannah Yeoh, bekas Menteri Belia dan Sukan.
Turut digugurkan daripada barisan Kabinet Kerajaan Madani yang baharu ialah Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K. Saraswathy.
Rombakan Kabinet dibuat selepas empat portfolio sebelum ini kosong.
Jawatan Menteri Ekonomi yang disandang Rafizi Ramli, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam sekitar yang disandang Nik Nazmi Nik Ahmad, serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang disandang Ewon Benedick, kosong susulan peletakan jawatan mereka.
Sementara itu, jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang disandang Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz turut kosong selepas tempoh beliau sebagai Senator tamat.
-BTSMedia.my



