MENURUT pihak berkuasa New South Wales, Australia, jumlah kematian dalam kejadian tembakan di Pantai Bondi, Sydney, meningkat kepada 12 orang.
Reuters memetik kenyataan Perdana Menteri New South Wales, Chris Minns, yang memaklumkan bahawa serangan tersebut dipercayai menyasarkan komuniti Yahudi di Sydney dan berlaku pada hari pertama sambutan Hanukkah.
Menurut laporan awal, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala kira-kira 12 cedera apabila beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan semasa satu acara keagamaan Yahudi pada hari Ahad.
Polis New South Wales mengesahkan dua individu telah ditahan berhubung kejadian itu.
Australian Broadcasting Corporation melaporkan bahawa sekurang-kurangnya seorang daripada suspek penyerang dipercayai maut dalam kejadian tersebut.
Jurucakap perkhidmatan ambulans New South Wales turut berkatan bahawa sekitar 12 mangsa telah dikejarkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
-BTSMedia.my



