BTS Media

Treler rempuh pondok tol Kota Kemuning

TUJUH orang, termasuk seorang pekerja di Plaza Tol Kota Kemuning, Shah Alam, terselamat apabila sebuah treler merempuh pondok tol sekitar pukul 9 malam semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, dalam keajdian itu treler tersebut turut melanggar dua kenderaan lain.

Menurut beliau, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.17 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikerahkan ke lokasi.

Komander operasi memaklumkan bahawa kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan, termasuk sebuah treler yang merempuh pondok tol dan kemudian dua buah kereta.

-BTSMedia.my

Leave a Comment